Salam sejahtera semua , harap maaf kerana agak lama tidak mengemaskini artikel di blog ini. KH dihubungi kawan lama berkenaan kejadian penggodaman laman sosial artis yang kian menjadi topik hangat dalam arena hiburan negara kita.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada pagi tadi telah mengejutkan pihak media internet kerana baru-baru ini dunia hiburan agak panas dengan kontrovesi berkenaan ugutan bunuh dan tweet yang menghina mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir.
Kejadian penggodaman selalunya dikaitkan dengan keinginan utk menyampaikan rasa ketidakpuashatian sesetengah pihak dan mungkin kejadian hari ini adalah satu daripadanya. Oleh kerana sudah banyak blog menulis artikel berkenaan ini, KH cuba menghubungi pelaku iaitu pemilik nickname JackSparrow Rilekscrew yang senantiasa menjadi sebutan dan KH sendiri mengakui JackSparrow sebagai penggemar laman sosial artis terkenal tanah air. Mana taknya daripada kejadian perampasan ( hijack ) fanpage Hotfm , fan adik beradik KRU dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isterinya turut didalangi kumpulan yang sama.
KH berjaya menghubungi Jack melalui emel , walaupun balasannya agak lambat tetapi jawapan yang KH dapat agak jelas dengan teknik yang dilakukan masih serupa dengan kejadian sebelum ini iaitu dengan mendapatkan info pemangsa dan melakukan serangan melalui teknik SE. Ditanya berkenaan tools yg digunakan sebelum ini iaitu Black-Pearl , Jack menolak keberkesanan tools itu sekarang dan dikatakan akan mencipta tools baru bagi memberi keputusan yang lebih jitu.
KH ada membaca artikel tentang kejadian ini dan dipastikan bahawa laman sosial ini tidak akan dikembalikan. Bagi menyakinkan KH , Jack memberi data akaun twitter tersebut utk KH mendapatkan screenshot. Password diubah sejurus KH memaklumkan kpd jack bahawa screenshot telah diambil. Mungkin Jack taknak KH kembalikan kot. Mungkin Jack panas dengan Azwan Ali , siapa tahu kan. Antara screenshot yg dapat KH paparkan ( sensor sket ).
KH harap semua pihak mengambil langkah positif dengan memperketatkan keselamatan terhadap akaun emel mereka.
Akhir kata , Selamat tahun baru cina dan perayaan ponggal.
p/s : Proses design baju KH versi 2012 akan dilakukan... tapi rasa nak jual je kenahack.com nih....
Suarakan pendapat anda (O.o)











#






