Monday, June 25, 2012

Monday, June 25, 2012
Selamat sejahtera , sejak kebelakangan ini [KH] perhatikan makin banyak laman sesawang malaysia telah diceroboh oleh penggodam dari negara jiran. Serangan dilancarkan sejurus pengumuman yang di buat oleh Dato 'Seri Utama Dr Rais Yatim berkenaan tarian Tor Tor dan Gordang Sambilan gendang akan diakui sebagai warisan negara dan didaftarkan di bawah Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005. Akhirnya ianya telah mengundang kemarahan sebilangan rakyat Indonesia yang mendakwa tarian Tor Tor adalah
tarian warisan negara mereka.

Seperti yang [KH] sedia maklumkan #TorTorOps telah dilancarkan oleh penggodam-penggodam Indonesia sebagai salah satu protes terhadap tindakkan kerajaan Malaysia.Beberapa laman sesawang seperti

 http://gethosted.com.my/
 http://huihuanggroups.com.my/
 http://esurge.net.my/nd.html
 http://bersatu.my/
 http://www.1gold.com.my/?p=611
 http://www.penerangan.gov.my
 http://www.1sttarget.com.my
 http://www.bell.com.my/tmp
 http://www.jobsite.my
 http://www.server.net.my




telah dicerboh oleh penggodam-penggodam dari negara jiran beberapa screenshot [KH] telah berjaya peroleh:









Dipercayai hampir 20 laman sesawang yang telah diceroboh oleh penggodam - penggodam Indonesia semenjak #TorTorOps di lancarkan dan melalui defacement yang dibuat, dipercayai kumpulan dan mahu pun individual
yang di gelar sebagai TeguhMicro, Indonesian Coder Team, onestree, Tanpa Name, Al3x 0wn5, BlackShadow and 46400. terlibat dalam pencerobohan tersebut.
     
        Dari pemahaman [KH] perkara ini hanyalah satu salah faham kerana akta warisan yang di maksudkan merupakan akta warisan budaya yang mencatatkan terhadap warisan budaya yang dimiliki oleh orang-orang Mandailing Malaysia yang asal-usulnya dari Mandailing, Sumatera Utara, Indonesia. Kerana masyarakat Mandailing sudah berada di negeri semenanjung ini (Malaysia) sejak ratusan tahun lagi.Tentunya, keberadaan mereka di negara ini menginginkan seni dan budaya mereka ditampilkan di Malaysia.

[KH] berharap pertelingkahan ini tidak berlarutan dan salah faham ini akan berakhir dengan aman dan damai.

sumber diperoleh dari klik sini dan sini