ALERT: Cyber "Tsunami" Melanda Malaysia



Sejak akhir-akhir ini, [KH] perhatikan makin banyak kumpulan penggodam Malaysia muncul di Facebook seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Antara-antara kumpulan itu ialah:

https://www.facebook.com/KLHCrew  <~ Kuala Lumpur Hacking Crew
https://www.facebook.com/kelantanhackingcrew  <~ Kelantan Hacking Crew
https://www.facebook.com/PerakHackingCrew.gov.my  <~ Perak Hacking Crew
https://www.facebook.com/Johor.gov.my  <~ Johor Hacking Crew
https://www.facebook.com/pages/Sarawak-Hacking-Crew/263918440383512  <~ Sarawak Hacking Crew
http://www.facebook.com/groups/TerengganuHackerCrew/  <~ Terengganu Hacking Crew
http://www.facebook.com/SHC.gov.my  <~ Selangor Hacking Crew

belum lagi  kumpulan-kumpulan yang mempunyai nama-nama yang unik dan pelik-pelik. Jikalau hendak dikira, terlampau banyak kumpulan pengodam Malaysia yang bertapak di Facebook sebagai markas operasi.

Apakah faktor yang mendorong mereka ini menubuhkan kumpulan penggodam sendiri?

1. Teknik-teknik menggodam kini mudah dipelajari di banyak laman sesawang seperti Youtube, blog    persendirian dan juga forum-forum.Tidak kurang juga ada kumpulan-kumpulan di Facebook yang menawarkan kelas menggodam secara percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar. Kesan
daripada ini, ada yang menggunakan ilmu yang dipelajari ke arah yang tidak betul menyebabkan orang ramai memandang serong kepada penggodam. Walaupun ada yang benar-benar mempraktikkan ilmu itu ke arah yang betul, tetapi disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

2. Ada juga yang ingin mengikut jejak langkah kumpulan penggodam yang mereka kagumi. Kumpulan-kumpulan yang mempunyai nama besar seperti RileksCrew,
H3x4 Crew, Newbie3viLc063s, GaySec, AhliSyurgaCrew merupakan kumpulan-kumpulan hebat yang telah lama bertapak dalam bidang penggodaman ini. Ramai yang
kagum dengan kebolehan kumpulan-kumpulan ini dan mendorong mereka mempelajari ilmu penggodaman.

3. Tidak dinafikan ada juga yang ingin mencari publisiti di alam cyber ini. Ilmu yang dipelajari cuma sekangkang kera, tetapi lagaknya seperti ada ilmu seluas lautan. Contohnya, baru belajar teknik "Phishing", "SQL Injection" menggunakan tools yang sedia ada seperti "Havij", sudah merasakan diri cukup "HEBAT"  untuk menubuhkan kumpulan penggodam sendiri. Tidak kurang juga ada yang mencabar dan memperlekehkan kumpulan lain. Fenomena ini sudah tidak asing lagi di laman web sosial kegemaran ramai, Facebook. Saban hari, dapat dilihat ada kumpulan-kumpulan yang bergaduh, mengaku diri mereka lebih baik dari yang lain, dan cuba untuk menjatuhkan kumpulan lain. Adakah fenomena ini yang kumpulan-kumpulan penggodam ini hendak tunjuk kepada orang ramai, kepada penggodam negara lain? Jadi, tidak hairan lah kalau ada penggodam negara lain memperlekehkan penggodam Malaysia.


Akhir kata dari [KH],

Berharap kumpulan-kumpulan ini menggunakan ilmu yang dipelajari nya digunakan ditempat yang betul,agar dapat menaikkan nama Malaysia di persada dunia, bukannya menggunakan ilmu-ilmu itu ke arah yang salah, sehingga mencalarkan nama Malaysia di alam cyber.

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Kalau sekarang dah ada 7 kumpulan penggodam dari berlainan negeri, lagi 9 negeri tu bila lagi? :P



                   

Shout Here!!

This entry was posted in