Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca KenaHack[Dot]com. Jika sebelum ini [KH] menyiarkan temubual bersama kumpulan pecinta IT seperti Ahli Syurga Crew , WAHFM, RileksCrew dan Newbie3viLc063s. Terima kasih [KH] ucapkan kepada ahli Cyb3r 4rmy atau lebih dikenali sebagai C4 kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama [KH] dalam menjayakan temu bual kali ini.
Semoga dari temu bual kali ini dapat memberi impak yang positif kepada mereka yang masih cuba menjinakkan diri dalam industri IT.
Jom ikuti temu bual [KH] bersama Cyb3r 4rmy
Soalan 1 :
KH: Apakah maksud C4? Kejadian disebalik nama itu?
C4: C4 adalah singkatan daripada perkataan "Cyb3r 4rmy"dan telah dipendekkan kepada C4.
Soalan 2:
KH: Asal usul penubuhan kumpulan ini? Siapakah founder ?
C4: Kumpulan ini ditubuhkan oleh Domo-kun aka Ct Ecca dan disokong seramai 11 ahli.
Soalan 3:
KH: Boleh senaraikan ahli rasmi C4 untuk menyenangkan penggemar IT berinteraksi bersama mereka?C4: Ct Ecca - Founder
Red John - Admin
Danielaa95 - Moderator
Iqkage Blacklist DF - Moderator
CyberFalconz Crew - Moderator
Amirul Asyraf
Fatin Affens
Hakuna SH
Gigahacker
Soalan 4:
KH: Apakah motif C4 di dalam dunia hacking?
C4: C4 tertarik dengan pengodam-pengodam islam di luar sana menggunakan kemahiran ke arah jalan yg benar. Dengan itu, C4 bercita-cita untuk mengikut jejak langkah mereka menggunakan kemahiran yang ada. Kami juga ingin berkongsi maklumat sedikit sebanyak mengenai dunia ini. Kami boleh dihubungi melalui website kami iaitu http://mycyb3r4rmy.blogspot.com/.
Soalan 5:
KH: Adakah ahli C4 memiliki pengetahuan asas tentang dunia IT?
C4: Kami juga manusia biasa, ada turun naiknya. Ada benda kami tahu, ada benda kami mahir dan ada benda kami lemah. Kami akui, kami masih baru didalam dunia ini. Kami tidaklah sehebat crew-crew lain seperti RileksCrew, Newbie3viLc063s, Dragon Force dan lain-lain.
Soalan 6:
KH: Dimanakah C4 mempelajari ilmu hacking ? rakan ? sendiri? e-book?
C4: Kami mempunyai 11 ahli, dan setiap ahli kami ade kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kami semua pelajari dari sumber-sumber luar, seperti forum Silent Hacker dan website-website lain yang ada di muka bumi ini. Kami akan berkongsi maklumat yang kami perolehi untuk kegunaan bersama.
Soalan 7:
KH: Apakah kaitan C4 dengan Dragon Force?
C4: C4 dan Dragon Force tiada kaitan langsung. Cuma ada diantara ahli kami asalnya dari DF iaitu Iqkage Blacklist DF, Fatin Affens, GigaHackers dan Domo-Kun.
Soalan 8:
KH: Apakah pandangan C4 tentang kumpulan penggodam yang lain seperti MachoCyberCrime, KHC, RileksCrew, Dragon Force?
C4: Sebelum saya melihat kelemahan krew lain, saya seharusnya melihat kelemahan krew saya sendiri. Itu lebih bermakna. Cuma 1, saya harap krew-krew lain mempunyai MOTIF dan HALA TUJU sendiri mengapa dan KENAPA anda lakukan demikan.
Soalan 9:
KH: Tentang akta 114A? Apakah yg C4 faham tentang akta nie? Adakah relevan akta ini?
C4: No komen.
Soalan 10
KH: Dimanakah penggemar dunia It boleh mendekatkan diri mereka dengan C4? apakah pesanan C4 kepada penggemar IT di Malaysia?
C4: Fan Page : https://www.facebook.com/mycyb3r4rmycrew
Blog : http://mycyb3r4rmy.blogspot.com/
Pesanan C4: Sejauh mana kita berada, Jangan lupakan yang dibawah. Kerana kita juga bermula dari bawah. Jika kita sayangkan negara, peliharalah negara. Jika kita sayangkan agama kita, peliharalah agama kita. Sekian.. Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Dan Batin..
Walaupun nama C4 atau Cyb3r4rmy masih baru kedengaran tetapi reputasi yang ditonjolkan selama ini bagi [KH] mampu untuk melabelkan mereka ini hampir setaraf dengan beberapa kumpulan pegodam terdahulu yang pernah menjadi tajuk utama berita di Malaysia. Beberapa hasil yang [KH] berjaya peroleh dari Zone-h boleh di lihat di sini



