[KH] Data maklumat peribadi seseorang itu adalah sesuatu yang sensitif dan teramat merbahaya jika ianya jatuh ditangan pihak yang salah kerana kuatir jika ianya disalah guna. Baru-baru ini [KH] menerima laporan email berkenaan
kemungkinan kebocoran data maklumat pelajar di dua buah Universiti Tempatan.Bagi memastikan kesahihannya [KH] menjalankan penyiasatan.
3 gambar yang sempat [KH] snap sebagai bukti menujukkan vulnerability yang terdapat di salah sebuah database milik MMU.Melalui konsep yang sama [KH] cuba memastikan jika kemungkinan terdapat kebocoran pada salah sebuah database milik Universiti Selangor.Berikut apa yang [KH] peroleh
Melalui apa yang [KH] lihat menunjukkan bahawa kebocoran yang terdapat pada ke dua-dua buah Universiti Tempatan ini adalah teramat kritikal kerana kemungkinan kebocoran maklumat boleh berlaku jika pihak yang terlibat tidak membaikinya dalam kadar segera.
Di sini [KH] ingin menegaskan tujuan artikel-artikel yang selama ini [KH] hasilkan bukanlah berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak mahupun memperoleh wang saku tetapi dengan harapan dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengukuh dan memberi kesedaran akan keselamatan sistem maya di Malaysia.Teramat berterima kasih [KH] ucapkan kepada semua pembaca KenaHack[Dot]Com yang selama ini menyokong [KH] sehingga mampu bertahan lebih dari setahun berada di talian.
Data Pelajar dari 2 Universiti Tempatan Bocor








