Satu kumpulan penggodam yang mengelar diri sebagai Team GhostShell minggu ini mendakwa telah memecah masuk ke dalam server di 100 universiti utama dari seluruh dunia, termasuk Harvard, Stanford, Universiti Pennsylvania dan Universiti Michigan.
Dalam mesej yang dipaparkan di Pastebin, kumpulan itu berkata mereka telah menyeroboh dan menyiarkan secara umum kira-kira 120,000 rekod dari server yang telah digodam.
Jurucakap dari Universiti Michigan mengesahkan bahawa Team GhostShell telah mendapat akses kepada tiga server.
"Walau bagaimanapun tiada data sensitif atau kata laluan yang dicapai," katanya dalam komen beliau "Apa yang mereka peroleh adalah data yang secara umumnya tersedia kepada orang ramai di laman web kami."
Maklumat penuh boleh diperoleh di sini


